PM umumkan PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

By kateringfoodtruck.com-admin

Akhirnya PM umumkan PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN. Perintah ini akan bermula lusa, Rabu, 18 MAC 2020 hingga 31 MAC 2020.

Meski pun kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, rakyat tak perlu panik. Tak perlu buat pembelian panik dan simpan stok makanan kat rumah banyak-banyak.

Pasaraya, pasar, kedai runcit akan dibuka seperti biasa. Bank pun sama. Usah risau bank tutup hingga tak boleh nak keluarkan duit.

Cuma banyak sekatan dikenakan terutama bab perhimpunan beramai-ramai walau perhimpunan keagamaan, tidak boleh keluar negara dan negara juga akan tutup pintu untuk pelancong luar.

Selain itu, premis perniagaan yang tidak berkaitan dengan barangan asas perlu ditutup. Ia termasuk taska, sekolah, IPTA, IPTS, sektor awam dan swasta melainkan yang digariskan perlu meneruskan operasi seperti minyak, gas, letrik dan seumpamanya.

Secara umumnya, kita dikehendaki berada di rumah dan terus mengamalkan langkah-langkah pencegahan dan kebersihan secara optima.

Tidak perlu buat pembelian panik kerana bank, pasaraya, kedai runcit, pasar basah akan tetap dibuka seperti biasa.

Semoga dengan langkah pencegahan ini, wabak ini mampu dikekang seterusnya ia dapat pulih dalam secepat mungkin.

Sama-sama kita doakan ya!

#MFS
– Jangan panik. Teruskan langkah pencegahan.

Kredit : Cikgu Fadli Salleh